Welkam To My Blog

Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan bergembira selalu

Thursday, May 27, 2010

hidup

Hidup ini adakalanya senang adakalanya penuh cabaran. Tetapi tanpa kita sedari apa yang kita tempuhi setiap hari itulah yang mengajar kita tentang erti kehidupan. Ramai juga tidak sedar bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi itu merupakan ujian daripada Allah S.W.T terhadap kita supaya yang beriman memperkukuhkan imannya dan yang terpesong tersedar dari lamunan dan kembali ke jalan yang benar. Jadi kita seharusnya sedar tentang tujuan utama kita di dunia ini. Bukannya nak mengejar kekayaan harta benda semata-mata tetapi mengumpul segala kekayaan amal ibadah kepada Allah S.W.T. Jadi kepada yang masih alpa sedarlah dari lamunan dan tunaikanlah tanggungjawab anda