Welkam To My Blog

Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan bergembira selalu

Sunday, November 21, 2010

cuti

Cuti? Bercakap mengenai cuti ni, bila cuti ja benda yang selalu orang nak buat lah pasti nak berehat. Tetapi ada jugak yang nak pergi bercuti, balik kampung dan macam2 lagi. Tapi kat sini aku nak cerita sikit pandangan aku mengenai cuti terutamanya cuti sebagai pelajar. Dulu kat sekolah pengetua aku cakap tiada cuti dalam kamus hidup pelajar, tapi aku? aku xpercaya semua tu. Sebagai pelajar kita perlu ada cuti. xsalah nak cuti dua tiga hari. xkan nak belajar tiap hari. ada kau pernah dengar satu ucapan sorang ni, dia cakap "the purpose of our education is to produce a top student not not a book worm". Jadilah pelajar yang bijak membahagikan masa untuk belajar, beriadah, terutama sekali dalam musim cuti sekolah ni. Ok selamat bercuti

Thursday, May 27, 2010

hidup

Hidup ini adakalanya senang adakalanya penuh cabaran. Tetapi tanpa kita sedari apa yang kita tempuhi setiap hari itulah yang mengajar kita tentang erti kehidupan. Ramai juga tidak sedar bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi itu merupakan ujian daripada Allah S.W.T terhadap kita supaya yang beriman memperkukuhkan imannya dan yang terpesong tersedar dari lamunan dan kembali ke jalan yang benar. Jadi kita seharusnya sedar tentang tujuan utama kita di dunia ini. Bukannya nak mengejar kekayaan harta benda semata-mata tetapi mengumpul segala kekayaan amal ibadah kepada Allah S.W.T. Jadi kepada yang masih alpa sedarlah dari lamunan dan tunaikanlah tanggungjawab anda