

+
ok hari ini aku nak cita pasai penjagaan asas motosikal...jd bagi kwn2 yg ada moto dan syg moto hapa semua..aku nak cita la sket pasai penjagaan moto ni..So hari ini aku nak fokus lebih kepada enjin..Secara ringkasnya penjagaan enjin ini menitikberatkan penjagaan minyak hitam atau engine oil (EO). So sebenaqnya ada byk jenis EO di pasaran tp sebenaqnya tetap terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
1.mineral based
2.semi synthetic
3. fully synthetic
ok jd yg mana satu terbaikk beb???
sebenaqnya la kan bergantung la kepada penggunaan dan cara tunggangan hampa semua..
kat sini aku bagi contoh arr
mineral based: sesuai utk perjalanan jarak dekat dan tunggangan secara biasa.
elok tukar setiap 1500-2000 km arr lgpun minyak ni xmahal sgt
semi-synthetic: sesuai untuk perjalanan yg agak jauh contoh dalam 70-80 km /hari dan sesuai
utk tunggangan yg tidak biasa dan tidak ekstrem
elok ditukar setiap 2000-2500 km (kurang pun xpa)
fully synthetic: sesuai untuk perjalanan jarak jauh arr ..contoh balik kampung ker..xpun bg yg
suka menggunakan kemampuan motosikal ke tahap tertinggi (top speed ar hehe)
elok ditukar setiap 2500-4000 km (kalau berani sampai 4500 pun bley).
ok sekarang aku nak cita pasal jenama2 di pasaran la pulak
antara yg dikatakan top arr..aku pun xtau nak cakap haha
1. Motul- 5100 (semi synt), 3000, 7100 ester
2. Shell- sx(m.b), vsx(semi synt), ultra (fully synt)
3. castrol- merah 4T, actevo X-tra (botol silver), power 1 racing (botol emas)
4. petronas-syntium rs-4 (fully synt),sprinta 4000 (semi), sprinta 5000 (fully syn)
ada byk lagi tp aku cita yg ni ja lah dulu..yg lain kat post yg akn dtg haha
ok so bg yang moto dia ada oil filter (OF) tukar la sekali apabila tukar minyak hitam bagi yg xtau moto dia ada filter check2 la dalam manual..yg aku tau ada yamaha 135 lc, lagenda 115 baru, kriss 100 yg model lama (kepak putih) dan macam2 arr so check la sendirik. ok jadi tukar la OF ni tp aku nak galakkan pakai yang ori sebab yg tiruan takut mengganggu kelancaran minyak enjin.
so kepada siapa2 yang nak jimat skit cari la kedai2 spare part selalunya murah la minyak enjin ngn oil filter kat ctu..kalau bleh xyah p arr kedai2 jual barang aksesori sebab selalunya mahal 3-4 ringgit..nak lagi jimat tukar sendiri walaupun ada kedai yg xamik upah tukar..dan kepada yang ada duit lebih tu boleh la tukar spark plug sekali..ikut kesesuaian la...aku slalu tukar setiap 8000-10000 km sekali hehe...so selamat menservis
P/S:kalau ada apa2 nak komen boleh arr sebab ni pada pendapat aku ja..ramai lagi otai moto kat luar sana haha


